Showing posts with label Puding/agar2. Show all posts
Showing posts with label Puding/agar2. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Kek Puding Karamel...success vs gagal



Akhirnye setelah berkurun lama menyimpan resepi (cnp)...
jadi la kek puding karamel nih....
tapi sadis la...tang kek span aku masih gagal...
beto la kata pakar...'kek span je kata org',
tapi nak membuatnya perlukan skill n ilmu,baru success,
dan perlu lebih praktis....

rupe n rase mmg sedap,tang tekstur kek span je gagal...
layan resepi...
tq pada tuan punyer resepi...ambik dr myresepi....
c n p je ni....


Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula-
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
 
nerveous gak masa nk letak adunan kek kt atas puding tu..
but beto la kalu ikut resepi mmg jadi....
nak try wat kek span lg...
*never give up,never surender....
hehehe....


Friday, December 3, 2010

Puding Pelangi Vs Apam Pelangi....

Haah...ni adalah hasil yg aku buat masa balik kg my hubby,last week....dah abih jadi baja..wakakakkkaa..
Susah tol nk update blogku nih..
byk hasil air tangan ku terperap je kat folder...
huhuhu...
ni ambik kesempatan,anak2 keluar bermain,
 Ameera lak duduk baik punyer...
line clear aku dpt la update cikit2...


Dah siap potong apam tu...
puding masih pose baik punyer...hihihi



Resepi Puding Pelangi
Bahan-Bahan:
* 10g serbuk agar2(dlm 1 sb)
* 650ml air
* 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180 gm pun ok)
* 60gm mentega
* 1 biji telur
* ½ tin susu cair
* 1 sudu makan tepung custard
* 1 sudu makan serbuk koko(tak letak)
* 1/2 sudu teh vanilla
* pewarna merah, kuning dan hijau


Cara-caranye:


Ø Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

Ø Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

Ø Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.

Ø Bahagikan adunan kpd 3 bahagian (sama bnyk). Letak pewarna hijau, merah dan kuning setiap satu bahagian dan kacau rata.

Ø Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (saya gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn apa2 utk tinggikan).

Ø Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna kuning ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna merah dan last skali satu senduk adunan warna hijau. Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.

Ø Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah beku...bolehlah di potong dan hidangkan.

** Boleh juga buat style marble.....


Resepi apam ni aku ambik dr dapur CMG...
terima kasih kpd CMG sudi kongsi resepi....
aku suke rasanye..juga yg lain2..
senang bangat nak buatnye....


Resepi Apam Pelangi/Marmar
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

· 250 g tepung berserbuk penaik
· 200 ml santan
· 200 g gula halus
· 2 biji telur Gred A
· 1 camca teh vanila esen
·1 camca makan ovallate
·Secubit garam
·Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
.....Marble la ikut tangan sendiri macam aku buat nih...janji ada marble...hihi
Adoi apa dah jadi ni...tulisan mcm2 jenis lak...poning pale ku...

Thursday, October 28, 2010

Puding/Agar2 Roti Femes...



Hari ni nk kongsi resepi puding/agar2 roti femes...
resepi adlh hakmilik kekal hana-jepun k....
tq utk hana sudi kongsi resepi yg sedap n senang bangat nk buatnyer...

Boleh dicolor ngan mcm2....kasi meriah...
blh letak dlm bekas kecik or besar..
ikut kreativiti la...

nyum..nyummmmy...
jom cuba...kasi pahala ngan hana tuan punyer resepi nih...
saya c&p resepi dr simpanan je...


Puding/Agar2 Roti
Resepi hakmilik kekal:hana6877@myresipi.com
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

Cara-cara
Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...


Sunday, October 24, 2010

Puding Coklat...nyummyyy

Baru upload....gambo thn lepas nih...
nyumnyummmyyy...

RICH CHOC PUDDING

Asal usul resepi ni drpd :junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan:
( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Selamat Mencuba....