Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Apam pisang...

Selamat pagi.....
bekpes pagi nih adlh ngan Apam Pisang...
masih panas2 lagi nih...
aku mkn ngan Meera,yg lain x ada,p sekolah...



Buat double adunan...
dpt 26 biji.....

Separuh hubby bawak p opis....

Pakai cup kertas nih....nk abiskn stok...
nk guna acuan pun blh....

Resepi:

APAM PISANG

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula kaster (blh adjust ikut citarasa manis masing2)
2 biji pisang ranum ( dilecek) -yg nih bgantung pd bsr atau kecik pisang
2 biji telur
100 ml minyak masak
secubit garam
Cara :
Lecek pisang  dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan.
Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan jap.
Di dalam mangkuk adunan pukul telur,minyak dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung yg di ayak tadi tu, sedikit demi sedikit.
Panaskan pengukus.
Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan/papercup, dan kukus selama 8hingga 15 minit, (kalu acuan bsr,lama sikit la,kalu kecik 8-10 minit dh msk).
sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


Saturday, April 30, 2011

Apam Dot2...giler glamer...

Salam....kpd pembaca blog 'usangku' ini...
ada ke yg baca?
Hehehe...tak apa la aku baca sendiri la...lgpun aku buat utk diri sendiri gak...
apa2 je la...janji aku bahagia....

Lama dah tak hapdet...
bukan apa...kadangkala masa aku nk hapdet tu la line tenet jadi mgong.....
aku pun jadi malas da....

Jadi aku try ari ni...ada kelapangan sikit...
line tenet pun ok....

Jom layan apam dot2 yg giler glamer nih....
aku ckp giler glamer tu sbb...
apam ni mmg hot sesangat apam nih...
sampai ada yg buat biznes lagi....

Layan gambo n resepi....

Resepi aku copy paste..tuan punyer aku dh tak ingat sbb dah edit...kpd tuan punyer kalu perasan resepi nih dia punyer thank you n mintak halal....

APAM DOT DOT
BAHANNYA:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus (150 gm saya guna )
150ml susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna ikut suka
CARANYA:
-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.
NOTA:
-Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih
-Api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah


Versi kali ni aku tak letak inti sbb anak2 tak suke...kosong je.....tapi mmg sedap w/pun tak ada inti.

p/s:Jadi kpd yg masih mencari2 resepi apam dot2 yg glamer nih sila la cuba...



Friday, December 3, 2010

Puding Pelangi Vs Apam Pelangi....

Haah...ni adalah hasil yg aku buat masa balik kg my hubby,last week....dah abih jadi baja..wakakakkkaa..
Susah tol nk update blogku nih..
byk hasil air tangan ku terperap je kat folder...
huhuhu...
ni ambik kesempatan,anak2 keluar bermain,
 Ameera lak duduk baik punyer...
line clear aku dpt la update cikit2...


Dah siap potong apam tu...
puding masih pose baik punyer...hihihi



Resepi Puding Pelangi
Bahan-Bahan:
* 10g serbuk agar2(dlm 1 sb)
* 650ml air
* 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180 gm pun ok)
* 60gm mentega
* 1 biji telur
* ½ tin susu cair
* 1 sudu makan tepung custard
* 1 sudu makan serbuk koko(tak letak)
* 1/2 sudu teh vanilla
* pewarna merah, kuning dan hijau


Cara-caranye:


Ø Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

Ø Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

Ø Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.

Ø Bahagikan adunan kpd 3 bahagian (sama bnyk). Letak pewarna hijau, merah dan kuning setiap satu bahagian dan kacau rata.

Ø Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (saya gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn apa2 utk tinggikan).

Ø Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna kuning ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna merah dan last skali satu senduk adunan warna hijau. Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.

Ø Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah beku...bolehlah di potong dan hidangkan.

** Boleh juga buat style marble.....


Resepi apam ni aku ambik dr dapur CMG...
terima kasih kpd CMG sudi kongsi resepi....
aku suke rasanye..juga yg lain2..
senang bangat nak buatnye....


Resepi Apam Pelangi/Marmar
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

· 250 g tepung berserbuk penaik
· 200 ml santan
· 200 g gula halus
· 2 biji telur Gred A
· 1 camca teh vanila esen
·1 camca makan ovallate
·Secubit garam
·Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
.....Marble la ikut tangan sendiri macam aku buat nih...janji ada marble...hihi
Adoi apa dah jadi ni...tulisan mcm2 jenis lak...poning pale ku...

Thursday, November 11, 2010

Apam Gandum...gula merah....

Hiii..lama tak update bolgku ini..
bukan apa..
asal bukak komputer je,
ada je si botak nak inteprem..nak main game...
aku pun jadi malas nak buka komputer...
apalagi nak update blog.

Ngan meera demam,batuk n selsema lagi..
cian meera,asal batuk je muntah...
rasa macam berat badan dia dah turun je...
tapi hari ni nampak mcm dah ok ckit..
selsema dah kurang..
tinggal batuk je lagi...
moga meera cepat sembuh..
ni gara2 berjangkit ngan abah,kakak n abang2 la ni...

Ok la hari ni aku nak tepek resepi apam
dari dapur MG (Mat Gebu)..
Dah lama dah buat ni...
gambar belum transfer kat komputer lagi..
masih kat dlm hphone my daling...
nanti la tepek gambar..

xceli apam ni peberet my daling la...
suke sgt dia bile aku buat apam ni ms pertama kali..
hihihi..sebelum ni dia beli je...
dia tak tahu bini dia pun blh buat..
senang sangat...gebu je naik..
makan mcm tu je..tak ada kelapa
pun sedap....

ok layan resepi dulu..
makasih ci MG...


APAM GANDUM

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.

2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.

3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit .

Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....


Selamat mencuba...

Wednesday, October 20, 2010

Apam Rose Mekar


Satu lagi resepi apam yang sedap n gebusss..
Dah selalu buat memang senang dan
 menjadi kegemaran anak2ku...




APAM ROSE MEKAR
(resepi asal:hanieliza) C&P

 
Bahan:
3 biji telur
250 gm gula
100 ml santan atau fresh milk
300 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
pewarna [merah/hijau/kuning]
acuan kertas

 
Cara:

1. Telur dan gula di pukul sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan ovallate, santan ataufresh milk dan tepung gandum. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Bahagikan kepada beberapa warna yg disukai. Masukkan pewarna dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. Biarkan mendideh.
5. Masukkan acuan kertas dalam acuan agar2 yang kecil.
6. Sudukan adunan yg berwarna-warni berselang seli kedalam acuan kertas.
7. Masukkan acuan kecil agar tu kedalam kukusan dan kukuskan selama 10 minit.
8. Bila dah masak, keluarkan kueh dari acuan kecil agar2 tadi dan hidangkan.

Selamat mencuba....





Kongsi resepi....

Lembut,gebu..eemmmm...

Today rasa nak kongsikan kat blog nih resepi Apam dewa....Dah lama nak buat apam ni,tapi asyik tertangguh je.Satu pagi terajin la pulok...senang sangat nak buatnyer,bhn2 simple,rasanyer sedap dan lembut je kuihnyer.Simpan ke esokkan hari pun still lembut...beesstttt n nyummm nyummmm...layan gambo n resepinyer.thanks to tuan punyer resepi,saya c&p je resepi..hihihi...




missayu@myresipi.com (tuan punyer resepi)

Bahan-bahan :
6 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
Pewarna

Cara-cara :

Pukul telur bersama gula dan sunquick hingga kembang (putih).

Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.

kemudian kacaukan sedikit adunan yang di dalam loyang dan lorekan corok di atas.

Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****


Ni pulok gambo kek coklat moist yg sedap giler...makin lama simpan kat dlm peti ais makin sedap...resepinyer dah ada kat post sblm ni..check it out...