Satu lagi resepi apam yang sedap n gebusss..
Dah selalu buat memang senang dan
menjadi kegemaran anak2ku...
APAM ROSE MEKAR
(resepi asal:hanieliza) C&P
Bahan:
3 biji telur
250 gm gula
100 ml santan atau fresh milk
300 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
pewarna [merah/hijau/kuning]
acuan kertas
Cara:
1. Telur dan gula di pukul sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan ovallate, santan ataufresh milk dan tepung gandum. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Bahagikan kepada beberapa warna yg disukai. Masukkan pewarna dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. Biarkan mendideh.
5. Masukkan acuan kertas dalam acuan agar2 yang kecil.
6. Sudukan adunan yg berwarna-warni berselang seli kedalam acuan kertas.
7. Masukkan acuan kecil agar tu kedalam kukusan dan kukuskan selama 10 minit.
8. Bila dah masak, keluarkan kueh dari acuan kecil agar2 tadi dan hidangkan.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment