KEK MARBLE COKLAT KEJU
Bahan-bahan A:
120gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
180gm mentega
170gm gula kastor
3 biji telur gred B
Bahan-bahan B:
250gm krim keju
60gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred B
Cara-cara untuk bahan A:
Panaskan oven 160c.Pukul mentega dan gula hingga kembang,kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan tepung naik sendiri,serbuk koko dan baking powder yg telah diayak bersama ke dlm adunan.
Cara untuk bahan B:
Pukul semua bahan hingga kembang.
Langkah seterusnya:(buat marble..ikut kreativiti)
Tuang satu bahagian A ke dlm loyang dan ratakan.
Tuang bahan B dan ratakan.
Tuang baki bahan A dan ratakan.
Bakar selama 1 jam.
Bahan Utk Hiasan:
100gm Coklat ganache
100gm keju cheddar
Cara2 menghias:(Coklat Ganache)
Panaskan coklat masakan bersama krim putar secara 'double boiler' dan kacau rata.
Tuang coklat ke atas kek dan taburkan keju cheddar.
Hias ikut kreativiti sendiri....
Saya bagi resepi coklat ganache drpd Kak Milisha:
300gm whipping krim
400gm coklat masakan
1 sudu besar butter
cara:
Masak whipping krim dgn api sederhana hingga keluar buih2.
Masukkan coklat masakan yg telah dipotong kecil2.
Kacau sebati.
Masukkan butter.
Then tutup api.Kacau lagi hingga sebati.
Boleh tuang atas kek.
Tuan punyer resepi:DILLA'S DELI (Majalah NUR Ogos 2010)
No comments:
Post a Comment