Thursday, October 21, 2010

Kek Sarang semut/lebah/gula hangus...

Banyak betul nama kek ni yer...kek ni senang nak buat,tapi sarang dia tu je kadang2 cantik,kadangkala agak kureng....tapi rasanyer sedap.Bagi saya kurang manis la yg sedap...ni kek peberet hubby...kalau pi pasar mlm kek ni la yg dia selalu cari...ye la bukan blh buat selalu...bosan gak bini dia ni nak buat..(apa punyer bini la)...hehehe.Kalau setakat dia sorang nak makan baik beli je...tapi rasa dan kualiti mmg berbeza kalau dibandingkan dengan yang dibuat sendiri.




Sumber resepi dari chetam..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

*Manis blh disesuaikan ikut citarasa..cuba dulu resepi ni,then lain kali blh olah sendiri...Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment